Apa itu blockchain?
Anda yang tahu Bitcoin? Beberapa tahun selepas Bitcoin menjadi cryptocurrency yang diguna orang ramai, teknologi blockchain menjadi satu topik yang hangat dikaji oleh para penyelidik. Blockchain terdapat pelbagai kegunaan antara nya pendaftaran nama dan smart contracts. Kaedah konsensus seperti proof-of-work (PoW) dan proof-of-stake (PoS) juga ada diterapkan dalam teknologi ini bagi membantu prinsip decentralization berjalan dengan lancar. Walau advanced macam mana pun, masih lagi terdapat lubang lubang sekuriti yang tidak di kenal pasti pada awal waktu ia dilahirkan.
Rupanya aku baru tahu, banyak jenis blockchain selain yang digunakan oleh Bitcoin. Maklumlah, code nya open source. Manusia pula kreatif nak tukar tukar ikut sukahati. Maka evolusi blockchain ni jadi makin bertambah.
So, dalam entri ni aku nak belajar pasal beberapa jenis blockchain yang digunapakai oleh platform seperti Bitcoin, Ethereum, Peercoin, Namecoin, New Economy Movement (NEM) dan juga Ripple. Sebab aku curious, that's why. Dalam Ethereum, aku berminat nak study pasal smart contract nya yang di war war kan bagus untuk prinsip decentralized platform. Dalam Namecoin, fokus nya adalah dalam bidang pendaftaran nama atau nama glamor nya, name registration. Peercoin pula, kaedah PoS nya; Ethereum juga akanmenggunakan kaedah yang sama. Platform yang lain tu aku bincangkan dekat bawah. It's gonna be long kot. Tapi aku akan keep it non-technical sebab aku pun bukan faham sangat secara technical benda alah ni.
Sebelum ni pun aku ada tulis pasal Bitcoin dan juga satu lagi post pasal benda yang sama. Tapi macam tak cukup lah dua post tu, simple sangat.
Latar belakang
Apa itu Blockchain? Blockchain ni adalah satu buku rekod awam digital yang hidup di internet. Kalau tak percaya, boleh tengok kat sini. Secara kasarnya, cuba bayangkan buku accounting yang penuh dengan transaksi sesebuah syarikat, di mana terdapat nya dari mana duit tu datang, dan ke mana duit tu pergi. Begitu juga blockchain. Ia menyimpan segala data transaksi user dari awal sampai... kiamat kot (inshallah).
Secara konvensional, database digunakan sebagai tempat pertengahan untuk menyimpan data data transaksi dalam sesebuah organisasi. Segala proses komputasi dilakukan disini. Juga kawalan pusat data ni juga dikawal oleh satu entiti, di mana ia mengurus, meng-update, transparency pun kelaut, dan orang luar nak pastikan data tu tak di manipulate pun susah . Teknologi Blockchain dapat menyelesaikan masalah masalah centralization seperti ini.
Perlu di ingatkan juga, blockchain bukan sahaja mampu menyimpan data kewangan, tetapi juga data data lain seperti kontrak peguam, surat cinta, or even vote rakyat Malaysia untuk PRU akan datang. You name it, sumbat aje dalam block tu.
Jadi, apa baik nya transparent ledger ni?
"Bukan ke kalau lagi transparent data kau, lagi bahaya di buat nya?", soalan ni selalu masuk dalam telinga aku bila aku explain pasal Blockchain dekat member member. Ada kebaikan kebaikan pakai benda alah ni. Bukan nak kata cara standard sekarang dah rosak, bukan. Cuma dengan menggunakan model teknologi ni, kita akan dapat perspektif baru dalam bisnes model yang akan diterapkan dalam sesebuah organisasi. Point point dibawah diambil daripada Goldman Sachs (GS) research bertarikh 24 May 2016 ni, menyatakan:-
1. Kemudahan yang selamat, transaksi yang tiada pusat (decentralized)
GS menyatakan bahawa dengan menggunakan blockchain model, salah satu kegunaan yang praktikal ialah dalam bidang Internet of Things. Ni satu contoh lah. Contoh yang diberi ialah Smart Grid (ie. solar panels), di mana secara analogi nya, TNB Malaysia di-decentralized kan model pengedaran tenaga nya kepada pengguna. Juga disebabkan nature of transparency ni, bill pembayaran juga dapat di transparent kan agar mudah consumer nak tahu berapa banyak tenaga yang di consume.
Aku rasa nak di apply kan dekat Syabas pun ok kot. At least dengan incorporate IoT dalam rumah (smart home) + sharing economy (sistem perkongsian bekalan air) + Blockchain, senang nak track berapa banyak air yang diguna, do the math, maka dapatlah bill pembayaran yang setimpal dan saksama.
2. Mengurangkan penipuan (corruption) dan meningkatkan trust dengan security yang kuat
Ni takpayah cakap lah. Budak 3 tahun yang tinggal kat Malaysia pun boleh faham kot dengan keadaan politik Malaysia sekarang. Corruption everywhere. Bayangkan kalau Najib guna bitcoin untuk terima dana dari kerajaan Arab 2.6 billion tu, mudah je #TheRakyats nak sahihkan info ni dalam Blockchain. Huhu.
Anyway, dalam kes ni, GS ada buat case study pasal Airbnb jika ia menerapkan Blockchain dalam model bisnes nya, especially dalam reputation sistem. So apa baik nya? Setiap transaksi di encode dengan cryptography yang jitu dan transaksi ni di validate kan oleh network nodes (P2P). Jadi segala percubaan untuk mengubah atau membuang data akan terkantoi lah. Sangat berguna kalau nak di integrate dengan apa apa sistem reputasi.
3. Meningkatkan transparensi dalam transaksi lebih dua orang
Benda macam ni lah buat Smart Contracts berguna. Dalam apa apa transaksi yang melibatkan lebih dua parti, kadang kadang sorang tu mesti nak percent lebih. Mana boleh. Kapitalism segera dapat di tamatkan kalau pakai Blockchain. Smart Contract ni kira dapat nak distribute funds antara entiti yang terlibat, dan ia transparent! Proses jadi lebih efisien dan dapat mengurangkan kos penghantaran dana kepada parti parti terlibat.
Bagaimana Blockchain berfungsi
Semua transaksi yang telah berjaya akan dimasukkan dalam blockchain dan dengan cara ini, wallet Bitcoin akan dapat kira berapa banyak balance yang boleh dibelanjakan dan setiap transaksi baru hendaklah disahkan oleh pemegang sebenar wallet tersebut. Keutuhan dan susunan kronologi Blockchain juga diperketatkan dengan pelbagai algorithm cryptography 6.
Transaksi ialah satu penghantaran nilai matawang Bitcoin yang akan dimasukkan ke dalam Blockchain. Bitcoin wallet pula menyimpan data pemegang wallet yang dipanggil private key atau seed, yang juga digunakan untuk sign transaksi dengan menggabungkan kaedah matematik untuk mengesahkan yang transaksi tersebut datangnya dari pemegang wallet tersebut. Tujuan sign tersebut juga dapat mengelakkan sesebuah transaksi daripada diubah oleh sesiapa selain pemegang wallet. Satu proses yang dipanggil mining pula akan dijalankan sejurus selepas transaksi dilakukan untuk mengesahkan transaksi tersebut . Dengan bantuan P2P network, transaksi transaksi ini akan di broadcast kan ke seluruh network Blockchain. Jadi semua orang akan dapat ledger yang sama.
Mining, seperti diperkatakan tadi, adalah satu sistem algorithm yang digunakan untuk mengesahkan transaksi dengan memasukkan ia kedalam Blockchain. Blockchain menyusun setiap transaksi dalam susunan kronologi bagi melindungi network daripada ketidak-saksamaan . Untuk sesebuah transaksi disahkan secara halal, ia haruslah di pack kan ke dalam satu block yang seterusnya akan di verify oleh network (miners) yang dikuatkuasakan oleh cryptography. Macam yang aku sebut tadi, susunan kronologi ni penting so that setiap block yang sebelumnya tidak dapat di ubah, sebab kalau ia di ubah maka ia akan membuatkan semua block jadi tak sah. Jatuh hukum haram di sisi undang undang Satoshi Nakamoto. Para miners pula yang bekerja keras untuk mengesahkan block block ni akan di beri upah dalam BTC.
So, all in all, transaksi BTC dalam Blockchain network ni boleh diterangkan di dalam satu infographic ini.
Hello,Forex and Crypto trading is about making money,gaining knowledge and having a good trader/broker manager with good strategies and signals to trade for you. I can undoubtedly recommend MR. Carlos Wilfred He is an expert in Forex and Crypto (Bitcoin) trading, and also proven to be trustworthy and reliable. I earned over $6,000 from my $500 investment and since then I've been trading with his daily signals. He has the best trading signals and strategies that can help you make good profit whenever you trade. Cryptocurrency is the best investment you can engage in at the moment as we can see it is outrunning Gold investment . You can contact Mr. Carlos via
ReplyDeleteGmail (investandearnbinaryfx) or
WhatsApp: +1(424)285-0682 for profitable trading system.